Pengguna Tenaga

Apakah keperluan untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga di bawah EECA 2024?

Pengguna tenaga dikehendaki melantik Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA) untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Laporan audit pertama mesti dikemukakan dalam tempoh satu tahun dari tarikh notis. Laporan audit seterusnya mesti dikemukakan setiap lima tahun, atau jika notis pengecualian dikeluarkan, selaras dengan tempoh yang dinyatakan dalam notis pengecualian tersebut.