Keselamatan Gas

Pencawang TNB dibina kurang daripada 4.5m dari tangki simpanan LPG saya, apa yang perlu saya lakukan?

Perkara ini perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan ABC, khususnya berkaitan pemasangan baharu pencawang TNB tersebut kerana ia telah mewujudkan keadaan tidak selamat kepada tangki simpanan LPG di mana jarak keselamatan minimum mengikut MS 830 adalah 7.5m dari bangunan atau sempadan dan 4.5m dari pencawang TNB.

Tangki tersebut perlu dipindahkan untuk mewujudkan jarak keselamatan minimum 7.5m. Jika kawasan tersebut sesak, sila rujuk kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk nasihat.