Keselamatan Gas

Saya telah mengambil alih perniagaan restoran makanan laut di sebuah pusat membeli-belah, di mana perniagaan sebelumnya telah ditinggalkan selama kira-kira 8 bulan. Saya mendapati bahawa restoran tersebut menggunakan LPG yang dibekalkan melalui sistem perpaipan. Sistem simpanan pukal LPG dan sistem perpaipan tersebut dimiliki oleh pusat membeli-belah tersebut. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Soalan: 1. Bolehkah saya menggunakan sistem perpaipan sedia ada untuk restoran saya?

Anda perlu mendapatkan surat penyerahan daripada pemilik terdahulu restoran tersebut serta salinan kedua-dua ATI dan ATO. Jika semua dokumen lengkap, anda perlu melantik kontraktor gas yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menjalankan penyelenggaraan dan pengujian semula sistem perpaipan tersebut. Jika dokumen tersebut tidak dapat diperoleh, anda perlu memasang sistem perpaipan baharu dan memohon kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).