Keselamatan Gas

Saya bekerja sebagai penyelia mekanikal di resort ABC. Tanggungjawab saya adalah untuk memantau semua sistem mekanikal termasuk sistem simpanan pukal LPG dan sistem perpaipan berkapasiti 10kL. Baru-baru ini, resort baharu DEF bersebelahan dengan tempat saya bekerja telah memulakan operasi. Saya mendapati bahawa sebuah pencawang TNB telah dibina pada jarak kurang daripada 4.5 m dari tangki simpanan LPG saya, apa yang perlu saya lakukan? Sila nasihatkan.
 

Perkara ini perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan ABC, khususnya berkaitan pemasangan baharu pencawang TNB tersebut kerana ia telah mewujudkan keadaan tidak selamat kepada tangki simpanan LPG di mana jarak keselamatan minimum mengikut MS 830 adalah 7.5m dari bangunan atau sempadan dan 4.5m dari pencawang TNB.

Tangki tersebut perlu dipindahkan untuk mewujudkan jarak keselamatan minimum 7.5m. Jika kawasan tersebut sesak, sila rujuk kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk nasihat.