Pembaharuan Lesen Operasi bagi Loji Janakuasa Generasi Pertama
Permintaan Untuk Cadangan bagi pembaharuan lesen operasi loji janakuasa di bawah PPA generasi pertama untuk melanjutkan tempoh selama 5 atau 10 tahun di bawah PPA yang Disemak Semula selepas 2016
Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menerima aku janji daripada Pengeluar Kuasa Bebas *(Independent Power Producers, IPP)* generasi pertama yang menunjukkan komitmen mereka untuk mengurangkan kadar komersial dalam Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) sedia ada selama tempoh 48 bulan sekiranya IPP tersebut berjaya dalam pembidaan ini untuk memperbaharui lesen di bawah PPA.
Sebagai maklum balas kepada aku janji di atas, ST telah menjemput IPP yang terlibat dan Tenaga Nasional Berhad untuk membeli dokumen RFP bagi pembaharuan tersebut. Tender terhad ini adalah untuk mendapatkan kapasiti penjanaan yang diperlukan selepas 2016, yang tempoh dan kapasitinya adalah atas budi bicara Kerajaan.
Tarikh tutup bidaan adalah 30 Julai 2012 jam 12.00 tengah hari, dan keputusan Kerajaan akan diumumkan pada Oktober 2012. Pembida-pembida berikut telah membeli dokumen RFP:
| Peserta Layak | Kemudahan Sedia Ada (Tapak Sedia Ada) | Kapasiti Sedia Ada (MW) |
|---|---|---|
| YTL Power Generation Sdn Bhd | Paka, Terengganu | 780 |
| YTL Power Generation Sdn Bhd | Pasir Gudang, Johor | 390 |
| Genting Sanyen Power Sdn Bhd | Kuala Langat, Selangor | 720 |
| Segari Energy Ventures Sdn Bhd | Lumut, Perak | 1303 |
| Port Dickson Power Sdn Bhd | Tanjung Gemuk, Port Dickson | 436 |
| Powertek Berhad | Teluk Gong, Malacca | 434 |
| TNB | Connaught Bridge (Open Cycle) | 478 |
| TNB | Paka | 999 |
| TNB | Pasir Gudang (Combined Cycle) | 249 |
| TNB | Pasir Gudang (Open Cycle) | 205 |
| TNB | Serdang (Unit 1, Unit 2 and Unit 3) | 326 |
Suruhanjaya Tenaga
30 April 2012