MySTEE

Perakuan Amalan saya akan tamat tempoh selepas borang atas talian ditutup iaitu selepas 7 September 2026. Apakah yang perlu saya lakukan?

Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memantau tempoh sah laku perakuan masing-masing dan merancang permohonan pembaharuan dengan sewajarnya. Sekiranya perakuan anda dijangka tamat tempoh dalam tempoh tersebut atau tidak lama selepas itu, anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan sebelum 7 September 2026 bagi mengelakkan caj fi lewat.