‹
Pendaftaran Sebagai Orang Kompeten
Pencantum Kabel
Prosedur Permohonan Peperiksaan Kompeten
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara elektronik melalui sistem ECOS
Gambaran Keseluruhan
| Bil. | Perakuan Kompeten | Sekatan Voltan |
| 1. | PK1 | Voltan Rendah |
| 2. | PK2 | Sehingga 11kV |
| 3. | PK3 | Sehingga 33kV |
| 4. | PK4 | Sehingga 66kV |
| 5. | PK5 | Sehingga 132kV |
| 6. | PK6 | Tanpa Sekatan |
- Sebarang kerja pencantuman, penyambungan dan penamatan kabel mestilah dibina dan dibuat untuk memenuhi keperluan pengaliran, penebatan, kekuatan mekanikal dan perlindungannya.;
- Sebarang kerja pencantuman, penyambungan dan penamatan mana-mana kabel atau sambungan bertebat polivinil klorida berperisai mesti dijalankan oleh seorang Pencantum Kabel;
- Kabel yang dinyatakan dalam sub-peraturan (3) hendaklah termasuk:
- Kabel yang mengandungi bahan penebat kertas, dibalut dengan plumbum atau aluminium
- Kabel berperisai dengan penebat termostat
- Kabel dengan penebat mineral
- Kabel dengan penebat polimer
- Kabel berisi minyak
- Kabel bertekanan gas
- Mana-mana kabel lain yang dianggap oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai sambungan dan penamatan kabel yang memerlukan kemahiran khusus.
Syarat Peperiksaan Kompeten
(Peraturan 51, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaannya)
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak kurang daripada 20 tahun;
- Kelayakan pendidikan minimum – tamat Tingkatan Lima;
- Mempunyai tidak kurang daripada 3 tahun pengalaman bekerja dalam pencantuman, penyambungan dan penamatan kabel;
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia;
- Pengetahuan dalam pencantuman, penyambungan dan penamatan pelbagai jenis kabel;
- Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pertolongan cemas, resusitasi dan rawatan renjatan elektrik;
- Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturannya.
ATAU
- Peperiksaan Kompeten Pencantum Kabel untuk Calon dari TNB, SESB dan SESCO (Pekeliling Jabatan Bekalan Elektrik Bilangan 1 Tahun 1996, bertarikh 10 Feb 1996)
- Kelayakan:
- Kelayakan asas (seperti dinyatakan di atas)
- Memiliki perakuan kompeten selama 3 tahun yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO), dan telah menamatkan perkhidmatannya, ATAU
- Memiliki sijil kelulusan (bukan untuk menghadiri kursus/seminar) yang dikeluarkan oleh ILSAS/IKATAN, SESB atau SESCO
- Peperiksaan lisan bagi Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturannya
Yuran Proses dan Yuran Peperiksaan
(Jadual Kedua Bahagian IV, Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)
- Yuran Proses Permohonan – RM20
- Perakuan Peperiksaan Kompeten Pencantum Kabel – RM60.00