Prosedur Permohonan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten

Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten

(Peraturan 47, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

  1. Seorang warganegara Malaysia.
  2. Memegang Ijazah atau kelayakkan yang setaraf dengan ijazah dalam kejuruteraan elektrik daripada universiti atau institut yang diiktiraf.
  3. Seorang Jurutera Profesional dalam kejuruteraan elektrik yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera menurut Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
  4. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.
  5. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
  6. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektrik moden, termasuklah prinsip-prinsip pengendalian kelengkapan yang digunakan untuk penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pemeteran dalam pepasangan elektrik dan pengurusan kecekapan tenaga.
  7. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  8. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

Permohonan Baru

1. Syarat - syarat permohonan baru bagi sekatan 11kV hingga 33kV

  • Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pegalaman mengawal kelengkapan hidup.

2. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV

  • Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian  elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.

3. Syarat-syarat permohonan baru bagi sekatan melebihi 132kV

  • Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari lima (5) tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian
    kelengkapan elektrik dan telah mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup

Permohonan Naik Taraf

  1. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan 11kV sehingga 33kV
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
    2. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.
  2. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 33kV sehingga 132kV
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST.
    2. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.
  3. Syarat-syarat naik taraf bagi sekatan melebihi 132kV
    1. Memiliki Perakuan Kekompetenan JEK sekurang-kurangnya satu (1) tahun pada sekatan yang lebih rendah dan berdaftar dengan ST
    2. Pengalaman kerja selama 1 tahun pada sekatan voltan yang dipohon.

Carta Aliran Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten

Flow Chart

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Jurutera Elektrik Kompeten Serta Fi Peperiksaan

KERTAS 1 - Jawapan bertulis kepada soalan yang disediakan.

Perkara-perkara berkaitan:

1. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

  • Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya
  • MS IEC 60364:2003 'Electrical Installations of Building'
  • MS 1936:2006 'Electrical Installations of Building – Code of Practice'
  • MS 1936:2006 'Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364'
  • Kejuruteraan Elektrik Am
  • Peraturan Keselamatan (Safety Regulations)
  • Pertolongan cemas (First Aid)
  • Kejuruteraan Elektrik Moden dan Aplikasinya

2. Electrical Equipment

Pengetahuan asas, ciri-ciri keselamatan teknikal, pengoperasian dan penyenggaraan:

  • Perkakas suis, interrupters, fius dan pengasing, mesin-mesin berputar dan pemula, kuasa, voltan, arus, pembumian, pengubah, kapasitor, perintang, rectifier dan converter, pengalir, kabel, meter, radas petunjuk dan geganti pelindung, penangkap kilat, radas-radas dan aksesori.

3. Pepasangan Elektrik

Pengetahuan asas, litar-litar, kapasiti litar pintas, kelegaan keselamatan, operasi dan penyenggaraan:

  • Set penjanaan dan papan penyegerakkan, motor, pemula dan suis, litar utama, kemasukkan utama dan sub-stesen agihan, papan agihan, feeder pillars, talian atas, penyenggaraan, kabel bawah tanah, pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman.

4. Sistem Elektrik

  • Pengetahuan asas, tata atur, paras kerosakan, susut voltan, kehilangan dan pindah beban, keperluan keselamatan, operasi dan penyenggaraan: Penghantaran dan pengagihan rangkaian, sistem pembumian dan perlindungan kilat, pendawaian dalaman, lampu jalan dan lampu laman.

5. Pelbagai

Pengetahuan asas, aspek-aspek keselamatan, operasi dan penyenggaraan:

  • Penggerak utama stesen janakuasa, on-load tap changes pengubah, sistem pemadam kebakaran, sesalur busbar janakuasa dan medan litar motor, set janakuasa bergerak dan mudah alih.

 

KERTAS 2 -  Temuduga Profesional

Temuduga professional berdasarkan:

  1. Pengalaman dan latihan yang telah dijalankan oleh calon dan jawapan bertulis kepada soalan yang diberikan.
  2. Pengetahuan berkenaan dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 serta Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.

Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten

  1. Fi Proses Permohonan – RM20.00
  2. Fi Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Jurutera Elektrik Kompeten – RM220.00