‹
Pendaftaran Sebagai Orang Kompeten
Penyelia Elektrik
Prosedur Permohonan Peperiksaan Kecekapan bagi Perakuan Penyelia Elektrik
Permohonan untuk menduduki peperiksaan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem ECOS pada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga
Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Penyelia Elektrik
(Peraturan 48, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)
- Seorang warganegara Malaysia.
- Memiliki Diploma atau kelayakan setaraf dalam Kejuruteraan Elektrik daripada institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 5 tahun dalam sekatan voltan sehingga 1kV bagi operasi pepasangan elektrik dan sekurang-kurangnya salah satu daripada kategori berikut:
- Kerja-kerja penyelenggaraan;
- Reka bentuk kerja;
- Penyeliaan; atau
- Mula tugas (commissioning) pepasangan elektrik.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang amalan kejuruteraan elektrik moden termasuk prinsip kendalian peralatan yang digunakan dalam penjanaan, penghantaran, pengagihan, penggunaan, perlindungan dan pengukuran pepasangan elektrik serta pengurusan kecekapan tenaga.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturannya.
Sukatan Pelajaran Peperiksaan
KERTAS 1 – Kertas Projek
- Perkara-perkara berkaitan:
a) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
b) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya.
c) MS IEC 60364:2003 Electrical Installations of Building.
d) MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Code of Practice.
e) MS 1936:2006 Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364.
f) Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik. - Kejuruteraan elektrik dan aplikasinya.
- Kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga yang cekap.
- Pepasangan elektrik (reka bentuk dan kendalian):
- Pengetahuan asas, litar, keupayaan litar pintas (short circuit capacity), had kelegaan keselamatan, kendalian dan penyelenggaraan:-
- set janakuasa dan papan penyegerakan, motor, penghidup dan suis, litar utama, pemasuk utama dan pengagihan pencawang, papan agihan, peti pembekal (feeder pillars), talian atas, penyelenggaraan, kabel bawah tanah dan pendawaian dalaman, lampu jalan dan taman; dan
- Pengetahuan asas, ciri-ciri keselamatan teknikal, kendalian dan penyelenggaraan:-
- perkakas suis (switch-gear), pemutus (interrupters), fius dan pengasing, jentera berputar dan penghidup, kuasa, voltan, arus, penukar, konduktor, kabel dan dawai, meter penunjuk dan geganti perlindungan, penangkap kilat, radas dan aksesori.
- Pengetahuan asas, litar, keupayaan litar pintas (short circuit capacity), had kelegaan keselamatan, kendalian dan penyelenggaraan:-
- Sistem Elektrik.
- Lain-lain
KERTAS 2 – Temu Duga Profesional
Temu duga profesional berdasarkan:-
- Pengalaman dan latihan yang telah dijalani oleh calon serta kertas projek; dan
- Pengetahuan tentang Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Fi Peperiksaan Kekompetenan bagi Penyelia Elektrik
(Bahagian IV Jadual dua, Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994)
- Fi Proses Permohonan – RM20
- Perakuan Kekompetan Peperiksaan Penyelia Elektrik – RM 165.00