Permohonan

Permohonan Kelulusan untuk Mengendali (ATO) mesti dibuat oleh kontraktor gas yang terdaftar. Gunakan pautan di sebelah kanan untuk mengakses Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS).

Gambaran Keseluruhan

Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 menyatakan bahawa setelah selesainya kerja pepasangan gas baru, pemohon hendaklah memohon kelulusan untuk mengendalinya daripada Suruhanjaya Tenaga dengan menyerahkan permohonan bertulis bersama Perakuan Penyelesaian dan Perakuan Ujian.

Perakuan-perakuan tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang kompeten yang sesuai yang menyelia kerja pepasangan itu.

Syarat-syarat

  1. Permohonan Kelulusan untuk Mengendali (ATO) mesti dibuat oleh kontraktor gas yang terdaftar melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS) di https://oas.st.gov.my/
  2. Pepasangan, pengujian dan mula tugas sistem saluran paip gas hendaklah mematuhi keperluan keselamatan dan teknikal yang dinyatakan di bawah Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 dan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Setiap permohonan untuk Kelulusan untuk Mengendali (ATO) akan diproses dan kelulusan akan diberikan dalam 7 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap.

Aliran Proses Permohonan

Image
Gas Approval Flow