‹
Pepasangan
Kelulusan untuk Pepasangan
Permohonan
Permohonan Kelulusan Pepasangan (ATI) mesti dibuat oleh kontraktor gas yang terdaftar. Gunakan pautan di sebelah kanan untuk mengakses Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS).
Gambaran Keseluruhan
Peraturan 15(1) dalam Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 menyatakan bahawa Kelulusan Pepasangan mesti diminta daripada Suruhanjaya Tenaga sebelum memulakan kerja pada pepasangan baru atau perluasan gas. Pada asasnya, semua kod berkaitan dalam mereka bentuk sistem dan pepasangan saluran paip gas adalah diterima oleh Suruhanjaya Tenaga. Kod reka bentuk adalah seperti berikut:
- MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas.
- MS 930: Malaysian Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances.
- ANSI/ ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and Distribution Piping Systems.
Nota: Dalam kes di mana kod-kod di atas tidak dapat digunakan untuk kerja-kerja pepasangan gas tertentu, kod berskala antarabangsa yang diiktiraf lain boleh dipertimbangkan.
Syarat-syarat untuk Kelulusan Pepasangan
- Permohonan Kelulusan untuk Pepasangan (ATI) mesti dibuat oleh kontraktor gas yang terdaftar melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS) di https://oas.st.gov.my/
- Sistem reka bentuk dan pembinaan saluran paip gas mesti mematuhi keperluan keselamatan dan teknikal di bawah Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997, Panduan dan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga, dan piawaian berkaitan.
- Kontraktor Gas dan Orang Kompeten Gas memiliki perakuan yang sah untuk melakukan kerja mengikut kelas pepasangan gas.
- Jenis/model kelengkapan gas, peralatan dan radas yang akan dipasang mesti diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.
- Kerja-kerja kimpalan paip mesti dilakukan oleh pengkimpas yang terakreditasi.
- Setiap permohonan untuk Kelulusan untuk Pepasangan (ATI) akan diproses dan kelulusan akan diberikan dalam 15 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap.
Aliran Proses Permohonan
Image