‹
Perkakasan
Perakuan Kelulusan bagi Pepasang, Perkakas dan Perkakasan Gas
Permohonan
Pemohon perlu mendaftar dan log masuk ke Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS) sebelum meneruskan permohonan. Gunakan pautan di sebelah kanan untuk mengakses Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS).
Gambaran Keseluruhan
Peraturan 117(1) Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997, menyatakan tiada kelengkapan gas, radas gas atau peralatan boleh dipasang, dikilang, diimport, dijual atau digunakan melainkan ia telah diuji dan disahkan serta diluluskan oleh Kerajaan atau ejennya atau seseorang yang terakreditasi oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Perakuan Kelulusan bagi Pepasang, Perkakas dan Perkakasan Gas
- Pemohon perlu mendaftar dan log masuk ke Online Application System (OAS) di https://oas.st.gov.my/ sebelum meneruskan permohonan.
- Pemohon perlu mengisi borang JG7 dan menyerahkan borang yang telah dilengkapkan dengan memuat naik dokumen di bahagian yang telah ditetapkan. Dokumen sokongan adalah seperti berikut:
- Salinan semua surat pelantikan, kebenaran, pengesahan dan lain-lain yang dikeluarkan oleh pihak yang mengilang kelengkapan gas, radas gas atau peralatan.
- Manual kendalian, lukisan skematik atau foto dan spesifikasi teknikal kelengkapan gas, radas gas atau peralatan.
- Salinan laporan ujian yang sah dihasilkan oleh:
- SIRIM Berhad; atau
- Makmal yang merupakan ahli International Laboratory Accreditation Corporation (ILAC); atau
- Badan pengujian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya; atau
- Badan pengujian pihak ketiga yang terakreditasi oleh Department of Occupational Safety and Health (DOSH).
- Setiap permohonan untuk Perakuan Kelulusan bagi kelengkapan gas, radas gas atau peralatan akan diproses dan perakuan kelulusan akan diberikan dalam 5 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.
Aliran Proses Lazim