Latihan dan Pembangunan

Kursus Separuh Masa

Suruhanjaya Tenaga, di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, telah mengiktiraf institusi sebagai pusat latihan dan peperiksaan kompetensi bagi kategori berkaitan secara separuh masa secara berterusan.

Kursus separuh masa dan peperiksaan kompetensi ini memberi peluang kepada calon persendirian yang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambah pengetahuan, meningkatkan pembangunan diri dan memajukan kerjaya mereka. Melalui kursus ini, calon dapat mengikuti pembelajaran teori dan amali secara tersusun pada masa yang lebih fleksibel sebelum menduduki peperiksaan kompetensi.

Pengenalan

Suruhanjaya Tenaga, di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, telah mengiktiraf institusi sebagai pusat latihan dan peperiksaan kompetensi bagi kategori berkaitan secara separuh masa secara berterusan.

Kursus separuh masa dan peperiksaan kompetensi ini memberi peluang kepada calon persendirian yang bekerja dalam bidang berkaitan untuk menambah pengetahuan, meningkatkan pembangunan diri dan memajukan kerjaya mereka. Melalui kursus ini, calon dapat mengikuti pembelajaran teori dan amali secara tersusun pada masa yang lebih fleksibel sebelum menduduki peperiksaan kompetensi.
 

Pelaksanaan Kursus dan Peperiksaan Kompetensi

Calon persendirian yang bekerja dalam bidang berkaitan dan berminat untuk meningkatkan pembangunan diri serta kerjaya boleh memohon untuk mengikuti kursus dan peperiksaan kompetensi bagi Pendawai, Penjaga Jentera dan Penyambung Kabel melalui institusi yang diiktiraf ini.

Semua urusan berkaitan kursus dan latihan, peperiksaan kompetensi dan pensijilan, bayaran kursus, fi atau fi peperiksaan akan diuruskan oleh institusi berkenaan.

Kursus dan latihan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad atau melalui kelas petang pada hari bekerja.
 

Kelayakan

  1. Kelayakan asas bagi setiap kursus dan peperiksaan kompetensi:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Kategori umur:
      1. Pendawai - berumur 18 tahun ke atas;
      2. Penjaga Jentera - berumur 20 tahun ke atas; dan
      3. Penyambung Kabel - berumur 20 tahun ke atas.
    3. Kelayakan pendidikan:
      1. Tamat Tingkatan 5 bagi calon yang tidak memiliki sijil kompetensi Pendawai, Penjaga Jentera atau Penyambung Kabel;
      2. Tamat Tingkatan 3 bagi Penjaga Jentera (terhad) untuk menduduki peperiksaan Penjaga Jentera (terbuka); dan
      3. Calon yang memiliki sijil kompetensi Penjaga Jentera, Pendawai atau Penyambung Kabel tidak perlu mengemukakan kelayakan pendidikan.
      4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

Mempunyai kelayakan teknikal atau pengalaman kerja berdasarkan kursus yang dipohon.

Pendawai PW1/PW2
  1. Memiliki pengalaman bekerja selama dua tahun dalam pendawaian elektrik dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  3. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun.
Pendawai PW3/PW4
  1. Memiliki sijil kekompetenan pendawaian Satu Fasa selama sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh pengeluaran sijil kekompetenan PW1/PW2.
  2. Memiliki pengalaman bekerja tidak kurang daripada 1 tahun dalam pendawaian elektrik Tiga Fasa dengan kontraktor elektrik Kelas C yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  4. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun.
Penjaga Jentera A0
  1. Memiliki pengalaman bekerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal peralatan hidup.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 3 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  3. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan:
       a. Pendawai PW1/PW2/PW3/PW4/PW6
       b. Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)
            Pengalaman bekerja tidak kurang daripada 2 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
    Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun.
Penjaga Jentera A1
  1. Memiliki pengalaman bekerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal peralatan hidup termasuk 1 tahun pengalaman dalam pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 3 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup termasuk kerja-kerja pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  3. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera AO sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam pengendalian talian pepawai voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  3. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4) pengalaman bekerja tidak kurang daripada 2 tahun
    Nota: 1 tahun pengalaman bekerja dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup dan 1 tahun pengalaman bekerja dalam penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun dalam persekitaran yang melibatkan pengendalian peralatan elektrik dan mengawal peralatan hidup termasuk penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
  3. Memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja *(Employees Provident Fund, EPF)* atau PERKESO sebagai bukti pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun.
Penjaga Jentera A4-1
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera AO sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam penjana tunggu sedia voltan rendah dan 1 tahun dalam pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam penjana tunggu sedia voltan rendah dan 1 tahun dalam pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A1 sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam penjana tunggu sedia voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam penjana tunggu sedia voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A4-2 sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dalam pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam pepasangan dan penyelenggaraan talian pepawai voltan rendah yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Penjaga Jentera B0 (11kV)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A4 berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun dalam sistem voltan tinggi.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun dalam sistem voltan tinggi yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Penjaga Jentera B1 (11 kV)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A4 berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun.
    Nota: 1 tahun dalam sistem voltan tinggi dan 1 tahun dalam talian pepawai voltan tinggi;
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
    Nota: 1 tahun dalam sistem voltan tinggi dan 1 tahun dalam talian pepawai voltan tinggi;

ATAU


  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B0 dengan 1 tahun pengalaman bekerja dalam talian pepawai voltan tinggi.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam talian pepawai voltan tinggi yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Penjaga Jentera B4 (11 kV)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B0 berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun.
    Nota: 1 tahun pengalaman bekerja dalam voltan tinggi pepawai dan 1 tahun bagi penyegerakan penjana voltan tinggi.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten
    Nota: 1 tahun pengalaman bekerja dalam voltan tinggi pepawai dan 1 tahun bagi penyegerakan penjana voltan tinggi.
     

ATAU


  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B1 berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun dalam penyegerakan penjana voltan tinggi.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun dalam penyegerakan penjana voltan tinggi yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
     
Modul Talian Atas Voltan Rendah (80 jam)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A0 sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Modul Penyegerakan Penjana Voltan Rendah (80 Jam)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A0 sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun, disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera A1 sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 1 tahun pengalaman bekerja, disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Modul Talian Atas Voltan Tinggi (80 Jam)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B0 sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.
  2. Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun yang disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.
Modul Penyegerakan Penjana Voltan Tinggi (80 Jam)
  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B0 sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun, disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.

ATAU

  1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera B1 sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja.
    Memiliki buku log lengkap berdasarkan pengalaman bekerja selama 2 tahun, disahkan oleh orang yang kompeten dan majikan.

Nota

  1. Modul talian atas voltan rendah dan penyegerakan penjana voltan rendah boleh digunakan atau disesuaikan untuk melayakkan calon menduduki mana-mana peperiksaan penjaga jentera terbuka sebagai calon persendirian yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga atau menyertai mana-mana kursus penjaga jentera sepenuh masa/separuh masa yang dikendalikan oleh institusi yang diakreditasi berdasarkan Pekeliling Keselamatan Elektrik No. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.
  2. Modul talian atas voltan tinggi dan penyegerakan penjana voltan tinggi boleh digunakan atau disesuaikan untuk melayakkan calon menduduki mana-mana peperiksaan penjaga jentera terbuka sebagai calon persendirian yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga atau menyertai mana-mana kursus penjaga jentera sepenuh masa/separuh masa yang dikendalikan oleh institusi yang diakreditasi berdasarkan Pekeliling Keselamatan Elektrik No. 01/2013 bertarikh 22 Februari 2013.