‹
Perkakasan
Permohonan Perakuan Pendaftaran Pengilang dan Pengimport (COR)
Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat melalui sistem e-DIK. Pemohon yang berjaya akan diberikan Sijil Pendaftaran (CoR) untuk Mengilang/Mengimport oleh Suruhanjaya Tenaga.
Prosedur Permohonan
- Pemohon yang ingin memohon Sijil Kelulusan (CoA) hendaklah berdaftar sebagai pengilang/pengimport yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Pemohon hendaklah memastikan pendaftaran mereka sebagai pengilang/pengimport berdaftar yang masih sah sebelum memohon CoA.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui sistem e-DIK di http://edik.st.gov.my
- Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan Sijil Pendaftaran (CoR) bagi Mengilang/Mengimport kepada pemohon yang berjaya.
- CoR yang sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan.
- Pembaharuan CoR hendaklah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh luput dan tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh luput.
- Permohonan pembaharuan CoR yang diterima kurang daripada 14 hari sebelum tarikh luput akan ditolak secara automatik. Sekiranya permohan tersebut ditolak, pemohon perlu membuat permohonan CoR yang baharu.
- Pengilang/pengimport berdaftar akan dikeluarkan Sijil Pendaftaran untuk Mengilang/Mengimport Borang V1.
Dokumen yang Diperlukan
- Dokumen yang diperlukan bagi Sijil Pendaftaran untuk mengilang dan mengimport adalah seperti berikut:
- Pendaftaran Perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D)
-
Maklumat Perniagaan Lain
atau
- Pemerbadanan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (di bawah Akta Syarikat)
- Borang 9 / Borang Seksyen 17
- Borang 44 / Borang Seksyen 46(3)
- Borang 49 atau borang terkini Penyata Tahunan Syarikat / Borang Seksyen 14 / Borang Seksyen 68 / Borang Seksyen 58
- Borang 24 / Borang Seksyen 51 / Borang Seksyen 78
- Perjanjian Sewa GudangLesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (contohnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
- Foto premis yang menunjukkan papan tanda perniagaan
- Sebarang maklumat atau dokumen lain yang diperlukan oleh Suruhanjaya
Fi Tahunan
Tiada sebarang Fi dikenakan
Soalan Lazim
FAQ
Apakah yang dimaksudkan dengan Perakuan Pendaftaran?
Bagaimana untuk memohon Perakuan Pendaftaran Pengilang/Pengimport?
Bolehkah Perakuan Kelulusan dimohon tanpa Perakuan Pendaftaran?
Apakah tempoh sah laku Perakuan Pendaftaran?
Berapa lamakah tempoh pemprosesan bagi permohonan Perakuan Pendaftaran?