Semakan/Kajian Awal/PSS

Sila maklumkan sekiranya pencawang 132kV yang tidak berada dalam senarai dibenarkan jika semakan awal dengan perunding PSS menunjukkan bahawa suntikan (injection) boleh dilaksanakan.

Peserta dibenarkan menjalankan Kajian Sistem Kuasa (Power System Study, PSS) bagi mana-mana titik nod yang tidak terdapat dalam senarai yang disediakan oleh TNB Grid dan TNB Retail. Walau bagaimanapun, semua kos yang berkaitan dengan PSS hendaklah ditanggung oleh peserta mengikut Klausa 8.8 Garis Panduan.

Sila ambil perhatian bahawa pelaksanaan PSS bukan merupakan jaminan kelulusan kuota.