Kewajipan

Pengguna tenaga yang penggunaan tenaganya menyamai atau melebihi had penggunaan tenaga yang ditetapkan iaitu 21,600 GJ dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut, hendaklah:

  • Melantik Pengurus Tenaga Berdaftar (REM)

    Pelantikan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh notis, selaras dengan Peraturan 4, 5 dan 6 Peraturan-Peraturan Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 [P.U.(A) 466/2024].

  • Membangunkan dan Melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS)

    EnMS hendaklah dibangunkan dan dilaksanakan berdasarkan Garis Panduan Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan REM yang pertama.

  • Mengemukakan Laporan Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EE&C)

    Laporan pertama hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas genap 1 tahun dari tarikh pelantikan REM yang pertama, manakala laporan seterusnya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat setiap tahun berdasarkan ulang tahun pelantikan REM yang pertama. Laporan hendaklah disediakan selaras dengan Garis Panduan Laporan Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EE&C) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. 

  • Melaksanakan Audit Tenaga (EA) dan Mengemukakan Laporan Audit Tenaga

    Melantik Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA) untuk melaksanakan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga. Laporan audit yang pertama hendaklah dikemukakan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh notis, manakala laporan seterusnya hendaklah dikemukakan setiap 5 tahun, atau sekiranya notis pengecualian dikeluarkan, mengikut tempoh yang dinyatakan dalam notis pengecualian tersebut. Laporan hendaklah disediakan selaras dengan Garis Panduan Laporan Audit Tenaga (EA) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada enc@st.gov.my