Pengumuman

Pengumuman Mengenai Migrasi Sistem ePermit ke Platform Baharu Berkuat Kuasa 28 September 2026

Untuk makluman, bermula 28 September 2026, sistem ePermit sedia ada akan dipindahkan ke portal baharu di pautan
https://newepermit.dagangnet.com.my
.

Sehubungan itu, semua permohonan bagi Perakuan Kelulusan (COA) dan Perakuan Kecekapan Tenaga (COE) hendaklah dikemukakan menerusi platform baharu ini mulai tarikh tersebut. Selaras dengan peralihan ini, modul permohonan secara dalam talian bagi Perakuan Kecekapan Tenaga (COE) akan mula berkuat kuasa secara rasmi bagi menggantikan sepenuhnya proses permohonan manual. [Sila rujuk fail yang dilampirkan di bawah untuk keterangan lanjut.]

Pengumuman Mengenai Mekanisme Pelaksanaan Jadual Penarafan Bintang Baharu bagi Penyaman Udara bagi Tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2029

Seperti yang sedia maklum, melalui Garis Panduan Peralatan Menggunakan Tenaga yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, terdapat jadual penarafan bintang baharu bagi produk penyaman udara untuk tempoh dari 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2029. Sehubungan dengan itu, sila muat turun surat pemakluman melalui pautan di bawah:

Senarai Produk Menggunakan Tenaga

Cari produk menggunakan tenaga yang telah diuji dan diperakui sebagai memenuhi Piawaian Prestasi Tenaga Minimum (MEPS) Malaysia.

Soalan Lazim

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Produk Menggunakan Tenaga (EUP)?
    • Produk Menggunakan Tenaga bermaksud apa-apa kelengkapan, peranti atau perkakas yang menggunakan tenaga atau sumber tenaga sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga.
    • Sebelum ini, peralatan elektrik yang memerlukan kelulusan di bawah keperluan MEPS telah diperincikan dalam Garis Panduan Kelulusan Peralatan Elektrik. Dengan penguatkuasaan EECA, peralatan tersebut hendaklah mendapat kelulusan mengikut keperluan yang ditetapkan di bawah EECA.
  2. Apakah produk yang dikawal selia sebagai Produk Menggunakan Tenaga di bawah EECA?
    • Semua peralatan elektrik yang sebelum ini tertakluk di bawah MEPS dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 kini diklasifikasikan sebagai produk menggunakan tenaga di bawah EECA. Produk menggunakan tenaga yang dikawal selia di bawah EECA merangkumi:
      • Televisyen
      • Kipas domestik
      • Peti sejuk
      • Lampu
      • Pendingin hawa
      • Mesin basuh
      • Periuk nasi
      • Ketuhar gelombang mikro
      • Peti sejuk beku
      • Ketuhar elektrik
    • Skop produk yang dikawal selia di bawah EECA meliputi produk domestik, komersial dan perindustrian, sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga.
  3. Apakah yang berlaku kepada label kecekapan tenaga di bawah EECA?
    • Tiada sebarang perubahan pada label kecekapan tenaga berikutan penguatkuasaan EECA.
  4. Adakah terdapat perubahan pada jadual penarafan bintang di bawah EECA?
    • Tidak, tiada sebarang perubahan pada jadual penarafan bintang selepas EECA dikuatkuasakan.
  5. Masih terdapat keperluan MEPS di bawah Garis Panduan Kelulusan Peralatan Elektrik 2024. Yang manakah perlu dirujuk?
    • Bagi keperluan terperinci berkaitan spesifikasi teknikal MEPS, sila rujuk Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga yang terkini.. 
  6.  Apakah tempoh sah laku COE?
    • COE adalah sah untuk tempoh 1 tahun dari tarikh kelulusan.
  7. Apakah hubungan antara COE dan Sijil Kelulusan (COA)?
    • COA (Sijil Kelulusan) memperakui bahawa sesuatu produk atau perkakas mematuhi keperluan keselamatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
    • COE (Sijil Kecekapan Tenaga) mengesahkan bahawa sesuatu produk atau perkakas memenuhi keperluan kecekapan tenaga sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga, selaras dengan kehendak Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga.
       
  8. Apakah keperluan dan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan COE?
    • Mana-mana produk menggunakan tenaga hendaklah: 
      • mematuhi kaedah pengujian sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga;
      • memenuhi keperluan pengiraan kecekapan tenaga dan penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga; dan 
      • memenuhi Piawaian Prestasi Tenaga Minimum (MEPS) sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga.
  9. Dokumen yang perlu dikemukakan semasa Langkah 2 di atas:
    • Laporan ujian prestasi tenaga sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Produk Menggunakan Tenaga. Laporan ujian tersebut hendaklah dikeluarkan oleh makmal seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kelulusan Peralatan Elektrik 2024. Sila rujuk halaman 49 dan 50.
    • Surat Penilaian yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS.
       

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada eup@st.gov.my