Pengenalan

Bagi melayakkan diri di bawah EECA 2024:

  • Keperluan Pendaftaran

Institusi latihan yang berhasrat untuk menawarkan kursus bagi pengurus tenaga atau melaksanakan program pembangunan berterusan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya serta memiliki sijil amalan yang sah.

  • Kelayakan

Institusi hendaklah merupakan entiti yang sah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, seperti syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau badan lain yang diiktiraf. Institusi tersebut juga hendaklah memenuhi sebarang syarat tambahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya serta tidak mempunyai sabitan berkaitan penipuan atau ketidakjujuran.

  • Pembaharuan Sijil

Sijil amalan bagi institusi latihan berdaftar hendaklah diperbaharui secara berkala. Institusi yang memohon pembaharuan selepas tarikh luput hendaklah membayar fi lewat. Permohonan pembaharuan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan, maklumat berkaitan serta apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

  • Pembatalan Pendaftaran

Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran sesuatu institusi latihan sekiranya institusi tersebut melanggar mana-mana peruntukan Akta, menghentikan operasinya, menyalahgunakan sijil pendaftaran, atau terlibat dalam aktiviti penipuan. Setelah pembatalan dibuat, pendaftaran dan sijil amalannya tidak lagi sah, dan institusi tersebut tidak dibenarkan untuk memohon semula pendaftaran di bawah Akta.

Nota:

Untuk maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Institusi Latihan, sila rujuk Panduan Pendaftaran Institusi Latihan.
 

Senarai Permohonan

Semua borang disediakan secara dalam talian. Sila pilih borang yang berkaitan dan kemukakan permohonan anda secara digital.

Senarai Institusi Latihan Berdaftar (RTI)

Semak entiti berdaftar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerangka kecekapan tenaga. Pilih kategori di bawah untuk melihat senarai penuh.
 

Hubungi

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pendaftaran Institusi Latihan, sila e-mel kepada rti@st.gov.my