Pelesenan
Permohonan
Semua permohonan lesen hendaklah menggunakan borang JGL melalui Sistem Permohonan Dalam Talian (OAS).
Lesen untuk Membekalkan Gas Melalui Talian Paip
Mekanisme utama dalam memastikan industri retikulasi gas beroperasi secara teratur, selamat dan ekonomik adalah melalui pengeluaran lesen kepada organisasi yang membekalkan gas melalui talian paip. Seksyen 11(1) menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak dibenarkan membekal gas melalui talian paip melainkan pihak tersebut dilesenkan di bawah Akta ini.
Suruhanjaya Tenaga diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen setelah mendapat kelulusan daripada Menteri. Lesen yang dikeluarkan juga boleh digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya Tenaga sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana syarat pelesenan.
Perlindungan Kepentingan Pengguna Gas
Bagi melindungi kepentingan pengguna dan membantu kelancaran operasi pembekalan gas, pemegang lesen diberi tanggungjawab serta kuasa berkaitan pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan talian paip serta pepasangan gas. Di bawah Seksyen 14 Akta 501, pemegang lesen bertanggungjawab untuk membekalkan gas apabila diminta oleh pemilik atau penghuni mana-mana premis yang terletak dalam kawasan pembekalan gas yang telah ditetapkan.
Bagi perkhidmatan tersebut, pemegang lesen dibenarkan mengenakan tarif, bayaran dan deposit bagi pembekalan gas. Pemegang lesen juga boleh menghentikan bekalan gas sekiranya berlaku keadaan berbahaya seperti kebocoran gas, kebakaran, letupan paip atau sebarang insiden lain yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna dan orang awam, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta.
Frequently Asked Questions
Lihat Semua