Gambaran Keseluruhan

Di bawah rangka kerja IBR, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia terdiri daripada dua komponen utama, iaitu tarif asas dan mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA).

Tarif Asas

Tarif asas mencerminkan kos cekap bagi pembekalan elektrik. Ia meliputi:

  • Harga bahan api
  • Perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) bagi penghantaran, pengagihan, Operasi Sistem Grid (GSO), Pembeli Tunggal (SB) dan Perkhidmatan Pelanggan (Runcit)
  • Pulangan yang adil ke atas asas aset terkawal bagi penghantaran, pengagihan, SO, SB dan Runci

 

Kos pembelian kuasa yang dikenakan oleh penjana (termasuk harga asas bahan api) kepada SB

 

Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA)

AFA membolehkan pelarasan bulanan caj penjanaan bagi mencerminkan perubahan dalam:

  • Harga bahan api
  • Kos di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA); dan
  • Kos terselaras Tenaga Boleh Baharu serta kos penjanaan lain
     
Image
AFA mechanism

IBR RP4

IBR RP4 (Regulasi Berasaskan Insentif, Tempoh Kawal Selia 4) ialah kitaran keempat rangka kerja kawal selia tarif elektrik Malaysia. Ia berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga Disember 2027.

Penambahbaikan kepada Jadual Tarif Elektrik di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 1 Julai 2025

Image
Penambahbaikan jadual tarif elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai 2025

 

Semakan kategori tarif berdasarkan tahap voltan sambungan bekalan

Image
Revision of Tariff Categories

 

Semakan caj dalam jadual tarif supaya lebih telus dan mencerminkan struktur kos

Image
Revision of Charges in the Tariff Schedule

 

Semakan tempoh puncak dan luar puncak bagi mencerminkan keadaan semasa permintaan sistem

Image
Peak and Off-Peak Periods Revised