‹
Kerangka Harga Elektrik
Rangka Kerja IBR
Gambaran Keseluruhan
Di bawah seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], ST boleh menentukan tarif dan caj yang akan dikenakan oleh seseorang pemegang lesen, tertakluk kepada kelulusan oleh Menteri.
Semakan dan penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dan Labuan pada masa ini dilaksanakan di bawah rangka kerja IBR.
Rangka kerja ini menyediakan pendekatan yang berstruktur dan telus terhadap penetapan tarif, dengan insentif terbina dalam untuk meningkatkan kecekapan pemegang lesen (entiti dikawal selia) sambil memastikan ketelusan yang lebih tinggi kepada pengguna.
Ciri-ciri utama rangka kerja IBR adalah:
- Penggunaan kos yang berhemat dan cekap dalam penentuan tarif;
- Proses kawal selia tarif yang berstruktur, di mana:
- Tempoh Kawal Selia ditetapkan, lazimnya selama 3 tahun;
- Akaun kawal selia dan mekanisme pelaporan diwujudkan;
- Pengasingan akaun entiti dikawal selia;
- Penentuan pulangan yang adil dan munasabah kepada entiti dikawal selia;
- Mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) untuk menampung kos yang tidak dapat dikawal yang timbul daripada perbezaan antara kos penjanaan yang diunjurkan dengan kos penjanaan sebenar;
- Sasaran prestasi yang ditetapkan oleh pengawal selia, dengan mekanisme insentif/penalti; dan
- Perkongsian kecekapan antara entiti dikawal selia dan pengguna dalam semakan tarif yang seterusnya.
Formula blok binaan untuk menetapkan keperluan hasil entiti dikawal selia: