Regulasi Berasaskan Insentif (IBR)
Pengenalan
Regulasi Berasaskan Insentif (IBR) telah diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2014 bagi subsektor elektrik sebagai sebahagian daripada usaha pemodenan industri bekalan elektrik. Pendekatan ini membolehkan penetapan tarif dilaksanakan secara lebih tersusun, telus dan berasaskan maklumat, dengan mengambil kira keperluan besar bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) oleh utiliti (entiti dikawal selia).
IBR memastikan entiti dikawal selia terus meningkatkan kecekapan dan memperkukuh ketelusan dalam penyediaan bekalan elektrik kepada pengguna, dengan pematuhan sepenuhnya terhadap perbelanjaan yang diunjurkan. Selain itu, Suruhanjaya Tenaga (ST) terus melaksanakan audit dan semakan terhadap prestasi terdahulu serta mempertimbangkan permohonan baharu daripada entiti dikawal selia.
Komponen utama IBR adalah seperti berikut:
- Penetapan tempoh kawal selia bagi memastikan semakan tarif dilaksanakan secara berkala dan konsisten;
- Penetapan perniagaan dikawal selia dan tidak dikawal selia bagi entiti dikawal selia, termasuk pengasingan akaun;
- Penetapan sasaran prestasi kewangan dan kecekapan teknikal bagi entiti dikawal selia;
- Pelaksanaan mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) berkuat kuasa mulai Julai 2025, bagi menggantikan mekanisme Imbalance
- Cost Pass-Through (ICPT) untuk membolehkan pemulihan kos sebenar berkaitan bahan api dan kos khusus penjanaan lain; dan
- Pelaksanaan mekanisme perkongsian kecekapan bagi memberikan insentif yang berterusan dan mampan kepada entiti dikawal selia untuk mencapai kecekapan kos dalam setiap tempoh kawal selia.
Garis Panduan
Regulatory Implementation Guidelines on Electricity Tariff Determination Under Incentive-Based Regulation (IBR) For Peninsular Malaysia 2025
Guidelines on Electricity Tariff Determination under IBR for Sabah and Federal Territory of Labuan 2023