Laman utama

Struktur Organisasi

Suruhanjaya Tenaga menstruktur semula organisasi sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi

ST telah melancarkan Pelan Transformasi yang bercita-cita tinggi untuk mengukuhkan keberkesanan kawal selia ke arah merealisasikan tujuannya: Komitmen untuk berkhidmat demi kepentingan dan kesejahteraan pengguna tenaga dalam memastikan bekalan tenaga yang terjamin, saksama dan bersih, seperti yang ditakrif

Struktur organisasi baharu ini terdiri daripada dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui fungsi teras ST iaitu Kawal Selia Teknikal & Pematuhan, dan Ekonomi, Pasaran & Perancangan, serta peranan Pengarah Kanan untuk mengetuai Pengurusan Korporat & Perkhidmatan.

Ir. Roslee Esman ialah Timbalan KPE, Kawal Selia Teknikal & Pematuhan, bertanggungjawab terhadap fungsi kawal selia teknikal dan keselamatan, termasuk pembangunan piawaian teknikal, pelesenan dan pensijilan, pematuhan, dan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan, keandalan dan integriti sistem elektrik dan gas Malaysia. Beliau akan menyelia Bahagian-bahagian berikut:

  • Polisi dan Kawal Selia Teknikal yang membangunkan dasar, kod dan piawaian merangkumi keselamatan, teknikal dan kompetensi industri bagi sektor elektrik dan saluran paip gas, serta kecekapan tenaga dan pemuliharaan. Ir. Ts. Zulkiflee Umar ialah Ketua Bahagian.
  • Kawal Selia Perkhidmatan & Prestasi yang menguruskan semua perkara berkaitan pelesenan aktiviti elektrik dan gas berpaip, pensijilan peralatan dan personel, pendaftaran, serta memantau prestasi industri elektrik dan gas berpaip. Mohd Elmi Anas ialah Ketua Bahagian.
  • Pematuhan dan Penguatkuasaan yang melindungi kepentingan orang awam dan pengguna melalui pemantauan dan penyelesaian isu, memastikan pematuhan dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi menegakkan undang-undang tenaga dalam bidang kuasa ST. Ismail Zaili Yusop ialah Ketua Bahagian.

Ir. Dr. Sanjayan Velautham ialah Timbalan KPE bagi Ekonomi, Pasaran & Perancangan, bertanggungjawab terhadap kawal selia ekonomi dan pasaran dengan tumpuan kepada nilai saksama kepada pengguna termasuk pelaburan rangkaian, reka bentuk tarif, dan perancangan tenaga jangka panjang bersama-sama pasaran tenaga yang cekap, mampan dan berdaya saing serta mempelopori inisiatif peralihan tenaga. Beliau akan menyelia Bahagian-bahagian berikut sehingga tamat tempoh beliau:

  • Kawal Selia Ekonomi dan Polisi Pengguna yang membangunkan dan melaksanakan rangka kerja serta peraturan ekonomi dan kawal selia berkaitan reka bentuk tarif, penetapan harga dan pelaburan rangkaian bagi elektrik dan gas, serta memastikan pengurusan yang berhemat terhadap dana pengguna KWIE, disokong oleh data dan analisis ekonomi. Marlinda Mohd Rosli ialah Ketua Bahagian.
  • Kawal Selia Pasaran dan Perancangan yang mengawal selia operasi pasaran, pembangunan peralihan tenaga, perancangan bersepadu dan kesalinghubungan serantau, serta memupuk inovasi dan perkongsian teknologi bagi bekalan gas dan elektrik. Rumaizi Abdul Halim ialah Ketua Bahagian.
  • Seksyen Khas Perolehan Kapasiti unit khusus untuk melaksanakan perolehan kapasiti sistem elektrik selaras dengan tadbir urus yang baik bagi memastikan bekalan yang andal, kesaksamaan dan integriti. Ts. Mohd Rizal Ramli ialah Ketua Seksyen.

Pengurusan Korporat & Perkhidmatan memacu kecemerlangan organisasi ST melalui fungsi korporat strategik dan perkhidmatan sokongan bagi membolehkan pengawal selia yang tangkas dan berprestasi tinggi. Bahagian-bahagian dalam CMS adalah:

  • Strategi dan Hal Ehwal Korporat yang menerajui perancangan strategik, transformasi dan prestasi ST, tadbir urus institusi, komunikasi dan hubungan luar termasuk dalam ASEAN dan rangkaian pengawal selia tenaga yang lebih luas. Ir. Ts. Nurhafiza Mohamed Hasan ialah Ketua Bahagian.
  • Perkhidmatan Korporat yang menyediakan sokongan perkhidmatan korporat penting merangkumi kewangan, modal insan, perolehan, teknologi digital dan pentadbiran. Khairol Fahami Ismail ialah Ketua Bahagian.
  • Akhir sekali, Bahagian Perundangan & Sekretarial melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga. Bahagian ini menyediakan nasihat dan panduan perundangan bagi mengukuhkan tadbir urus dan integriti institusi serta melindungi kedudukan ST sebagai pengawal selia bebas. Kharul Nizam Mohd Kamal ialah Ketua Bahagian.

Dengan struktur organisasi baharu ini, ST berhasrat untuk menjadi pengawal selia yang lebih tangkas, bertanggungjawab dan berpandangan jauh, mampu mengemudi sektor tenaga Malaysia melalui landskap tenaga yang semakin kompleks.

Fungsi Utama

Bil. Bahagian Fungsi Utama
1 Polisi dan Kawal Selia Teknikal Membangunkan dasar teknikal, piawaian dan peraturan bagi sektor elektrik, gas dan kecekapan tenaga. Memastikan keselamatan sistem, keandalan dan kompetensi industri melalui rangka kerja kawal selia yang kukuh dan tadbir urus teknikal yang berterusan.
2 Kawal Selia Perkhidmatan & Prestasi Mengawal selia, melesenkan, memperakui dan memantau prestasi industri elektrik dan gas berpaip bagi memastikan bekalan tenaga yang selamat, andal dan cekap selaras dengan kod teknikal, piawaian kawal selia dan keperluan kualiti perkhidmatan.
3 Pematuhan dan Penguatkuasaan Menyelia aktiviti pematuhan dan penguatkuasaan selaras dengan undang-undang dan peraturan tenaga. Mengukuhkan integriti industri, melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kehadiran kawal selia yang berkesan di seluruh negara melalui siasatan terselaras dan operasi serantau.
4 Kawal Selia Ekonomi dan Polisi Pengguna Membangunkan dan melaksanakan rangka kerja ekonomi dan kawal selia bagi menggalakkan kecekapan, kesaksamaan dan kemampanan dalam sektor elektrik dan gas Malaysia. Bahagian ini memastikan tarif yang mencerminkan kos, pengurusan dana yang berhemat dan pembuatan keputusan berasaskan data yang menyokong peralihan tenaga yang terjamin dan mampu milik.
5 Kawal Selia Pasaran dan Perancangan Membangunkan dan menguatkuasakan dasar pasaran dan rangka kerja kawal selia bagi memastikan persaingan adil, ketelusan dan inovasi dalam sektor elektrik dan gas. Bahagian ini memacu perancangan peralihan tenaga, kesalinghubungan serantau dan perkongsian teknologi bagi menyokong pasaran tenaga yang terjamin, cekap dan mampan.
6 Seksyen Khas Perolehan Kapasiti Merancang, menilai dan memantau projek perolehan kapasiti tenaga, memastikan penjajaran dengan objektif Suruhanjaya Tenaga dan pematuhan terhadap rangka kerja kawal selia. Menyelia pelaksanaan projek dan penambahbaikan berterusan proses perolehan.
7 Strategi dan Hal Ehwal Korporat Membangunkan dan memacu strategi korporat, transformasi dan inisiatif tadbir urus bagi mengukuhkan kecemerlangan organisasi, ketelusan dan penjajaran strategik Suruhanjaya Tenaga dengan keutamaan dasar tenaga negara.
8 Perkhidmatan Korporat Menyediakan perkhidmatan korporat bersepadu merangkumi kewangan, modal insan, perolehan, teknologi digital dan pentadbiran bagi memastikan operasi yang cekap, integriti kewangan dan kemampanan organisasi.
9 Perundangan & Sekretarial Menyediakan sokongan perundangan, legislatif dan sekretarial yang menyeluruh bagi melindungi kepentingan Suruhanjaya Tenaga (ST), memastikan pematuhan kawal selia dan mengukuhkan tadbir urus serta integriti institusi.

Struktur Organisasi

Image
Carta Organisasi