Langkah Baharu Memperkasa Akses Tenaga Boleh Baharu
Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Taklimat Pakej Pemerkasaan CRESS pada 13 Oktober 2026 bertempat di Marriott Putrajaya.
Sesi taklimat ini bertujuan memberikan penerangan lanjut berhubung penambahbaikan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), di samping menjadi platform perkongsian maklumat serta sesi interaksi bersama pihak industri dan pemegang taruh berkaitan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperluas akses kepada tenaga boleh baharu serta menyokong aspirasi peralihan tenaga negara.
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image