Tatacara Pendedahan Pemberi Maklumat

Prosedur Untuk Mengemukakan Aduan / Maklumat / Pendedahan (Salah Laku)

Saluran Pelaporan

Pendedahan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

  • melalui e-mel ke integriti@st.gov.my;
  • secara bersemuka kepada mana-mana Pegawai Integriti / Pegawai Diberi Kuasa;
  • melalui pos yang dialamatkan kepada:
    • Ketua Unit Integriti
      Unit Integriti
      No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 62100, Putrajaya

Butiran Pendedahan

Sesuatu pendedahan hendaklah mengandungi, sekurang-kurangnya, butiran-butiran berikut:

  • nama, jawatan, nama majikan/tempat bekerja, jawatan semasa, alamat semasa dan nombor telefon;
  • alasan yang munasabah bagi laporan tersebut, termasuk maklumat yang sebanyak mungkin mengenai salah laku yang dilaporkan, contohnya, sifat salah laku tersebut, tarikh, masa, dan tempat kejadian, dan identiti orang yang diadukan;
  • butiran saksi (jika ada); dan
  • maklumat atau bukti dokumentar bagi menyokong pendedahan tersebut (jika ada).

Secara umumnya, semua pendedahan yang dibuat di bawah dasar ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Integriti / Pegawai Diberi Kuasa.

Penarikan Balik Perlindungan Pemberi Maklumat

Kakitangan ST atau mana-mana orang lain hendaklah dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] berhubung dengan sebarang pendedahan salah laku yang dibuat. Penarikan balik perlindungan pemberi maklumat hanya boleh dibuat apabila syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 11(1) Akta 711 dipenuhi, iaitu apabila:

  • Pemberi maklumat itu sendiri telah terlibat dalam kelakuan tidak wajar yang didedahkan;
  • Pemberi maklumat secara sengaja membuat dalam maklumat/aduan/pendedahan tersebut suatu kenyataan yang diketahui atau dipercayai olehnya sebagai palsu atau tidak dipercayai sebagai benar;
  • Maklumat/aduan/pendedahan kelakuan tidak wajar itu adalah remeh atau menyusahkan;
  • Maklumat/aduan/pendedahan kelakuan tidak wajar itu pada dasarnya mempersoalkan merit dasar kerajaan, termasuk dasar mana-mana badan awam;
  • Maklumat/aduan/pendedahan itu dibuat sepenuhnya atau secara substansialnya dengan motif untuk mengelakkan pemberhentian atau tindakan tatatertib yang lain; dan
  • Pemberi maklumat, dalam membuat pendedahan atau dalam memberikan maklumat lanjut, telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 711 atau di bawah mana-mana undang-undang yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga.
     

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai dasar ini boleh dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
No. 12, Jalan Tun Hussein, Presint 2, 62100, Putrajaya
(Perhatian: Ketua Unit Integriti)