CREAM

Untuk menjelaskan sama ada pemilik rumah atau pengguna boleh menyertai kedua-dua NEM (Net Energy Metering) dan CREAM secara serentak?

Penggabungan CREAM dengan skim sedia ada seperti NEM atau SELCO adalah dibenarkan, dengan syarat sistem PV bagi kedua-dua skim disambungkan secara berasingan dan output solar masing-masing disambungkan terus ke grid voltan rendah EUC, seperti pendekatan sambungan FiT. Setiap sistem hendaklah mempunyai pemeteran tersendiri dan mematuhi syarat-syarat program masing-masing.