Penjaga Jentera B1 (11kV)
- Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori A4 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun didalam sistem voltan tinggi dan satu (1) tahun talian atas voltan tinggi.
- Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem voltan tinggi dan sistem talian atas voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
atau
- Mempunyai perakuan kekompetenan Penjaga Jentera kategori B0 dengan berpengalaman selama satu (1) tahun talian atas voltan tinggi.
- Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja sistem talian atas voltan tinggi bagi tempoh pengalaman di atas, yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.