Komponen Yang Membentuk Kos Tarif Elektrik
Adakah benar ini merupakan caj baharu yang diperkenalkan di dalam struktur tarif?
Tidak. Empat (4) komponen tarif tersebut bukanlah caj baharu yang diperkenalkan kepada pengguna.
Komponen caj yang dahulunya disatukan (bundled) kini dipecahkan kepada empat (4) komponen, iaitu Caj Tenaga, Caj Kapasiti, Caj Rangkaian dan Caj Peruncitan bagi memberikan gambaran yang lebih jelas dan telus kepada pengguna mengenai komponen kos yang membentuk tarif elektrik.