Ya, di bawah penstrukturan tarif elektrik, kategori pengguna disusun kepada dua (2) kategori utama, iaitu:

1.    Pengguna Domestik; dan 
2.    Pengguna Bukan Domestik, yang dibahagikan mengikut tahap voltan kepada Voltan Amat Rendah, Voltan Rendah, Voltan Sederhana, Voltan Tinggi dan Voltan Amat Tinggi.

Pecahan ini membolehkan struktur tarif ditetapkan dengan lebih teratur berdasarkan ciri dan tahap penggunaan serta keperluan setiap kategori pengguna.