Prosedur Permohonan COA
Adakah perubahan Nama Syarikat pada Perakuan Kelulusan dibenarkan? Bagaimana cara memohon?
Ya, dengan syarat tidak ada perubahan pada nombor pendaftaran Syarikat (ROC/ROB) dan tidak ada perubahan kepada mana-mana rakan kongsi perniagaan. Untuk memohon perubahan Nama Syarikat, anda perlu mengemukakan:
- Surat bertulis kepada ST; dan
- Bagi perniagaan perkongsian: pengesahan perubahan nama serta butiran terperinci dan alamat terkini semua rakan kongsi perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); atau
- Bagi syarikat (Sdn. Bhd./Bhd.): Borang 13, Borang 24, dan Borang 49 terkini yang disahkan oleh SSM di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang merekodkan perubahan nama dan mengesahkan tiada perubahan kepada rakan kongsi/pemegang saham syarikat.