Prosedur Permohonan COA

Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Pembaharuan Kelulusan?

Dokumen yang diperlukan bagi Perakuan Kelulusan Pembuatan adalah Lesen Pensijilan Produk (PCL) SIRIM yang sah dan bukti pembelian label ST-SIRIM.

Bagi Perakuan Kelulusan Import, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Bukti pembelian label ST-SIRIM (PP8) melalui aktiviti konsainan SIRIM, atau
  • Lesen Pensijilan Produk SIRIM yang sah dan bukti pembelian label ST-SIRIM.

Sebarang perubahan kepada laporan ujian (berbeza daripada permohonan sebelumnya) akan memerlukan permohonan baharu dikemukakan. Sila rujuk laman web ST bagi prosedur permohonan Perakuan Kelulusan (COA).