Pendaftaran sebagai Kontraktor Gas

Apakah keperluan untuk menjadi kontraktor gas dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)?

Sesebuah firma, syarikat, persatuan, perkongsian atau kumpulan orang (sama ada berdaftar atau tidak) mesti mengambil pekerja sepenuh masa yang kompeten (competent person) serta memiliki peralatan, peralatan pengujian dan instrumen yang sesuai berkaitan dengan kerjanya sebagaimana ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).