Pendaftaran sebagai Kontraktor Gas

Apakah skop kerja kontraktor gas berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Bekalan Gas?

Terdapat empat kategori kontraktor gas berdaftar, iaitu:

  • Kontraktor gas Kelas A;
  • Kontraktor gas Kelas B;
  • Kontraktor gas Kelas C; atau
  • Kontraktor gas Kelas D.


Skop kerja kontraktor-kontraktor ini adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 dalam Jadual Kedua, Jadual 3. Sebarang kerja yang dilakukan oleh kontraktor gas hendaklah selaras dengan kecekapan orang kompeten (competent person) yang diambil bekerja.