Perundangan

Apakah kes-kes yang perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga?

Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, seksyen 33 menghendaki bahawa apabila berlaku sebarang kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius kepada harta berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau loji atau peralatan elektrik, pemilik, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan pengurusannya mesti melaporkan kemalangan atau kebakaran tersebut kepada Suruhanjaya melalui cara yang paling cepat, dan seterusnya dengan kelewatan yang paling minimum melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya fakta-fakta berkaitan perkara tersebut setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.

Di bawah Akta Bekalan Gas 1993, seksyen 36 menghendaki bahawa apabila berlaku sebarang kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius kepada harta berkaitan dengan mana-mana saluran paip atau sebahagian daripadanya, pengguna atau pemegang lesen mesti melaporkan kemalangan atau kebakaran tersebut kepada Suruhanjaya melalui cara yang paling cepat, dan seterusnya dengan kelewatan yang paling minimum melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya fakta-fakta berkaitan perkara tersebut setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.