Perundangan
Apakah kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang bekalan tenaga?
Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, kesalahan-kesalahan dan hukumannya diperuntukkan dalam seksyen 8, 23, 33, 37, 45, 49, 50 dan 52. Di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, peraturan 122 menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan tersebut dan memperuntukkan hukuman apabila disabitkan.
Di bawah Akta Bekalan Gas 1993, kesalahan-kesalahan dan hukumannya diperuntukkan dalam seksyen 5, 29, 30, 31 dan 36. Di bawah Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997, peraturan 142 menjadikannya suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang melanggar Peraturan-Peraturan tersebut dan, apabila disabitkan, boleh dihukum di bawah seksyen 31 Akta tersebut.