Perundangan

Apakah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun?

Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, seksyen 43(1) membenarkan Pengerusi Suruhanjaya, dengan kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya, untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 8, 37(9), 37(10), 37(12), 37(13), 37(14), 45, 45 dan 49(5) Akta tersebut atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut pada tidak lebih daripada 50% daripada denda maksimum bagi kesalahan tersebut.

Di bawah Akta Bekalan Gas 1993, seksyen 34(2) membenarkan Pengerusi Suruhanjaya, dengan kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya, untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta tersebut atau mana-mana peraturan yang telah ditetapkan boleh dikompaun melalui perintah Menteri dalam Warta pada tidak lebih daripada 50% daripada denda maksimum bagi kesalahan tersebut.

Melalui Perintah Menteri P.U.(A) 320/2006 yang berkuat kuasa mulai 1.9.2006, semua kesalahan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut boleh dikompaun kecuali kesalahan di bawah subseksyen 5(4), 29(5) dan 30(3) Akta tersebut.