Orang yang Bertanggungjawab ke atas Bangunan

Apakah obligasi pihak yang bertanggungjawab ke atas sesebuah bangunan di bawah EECA 2024?

Pihak yang bertanggungjawab ke atas sesebuah bangunan dikehendaki memohon dan memaparkan Label Intensiti Tenaga, memastikan pematuhan terhadap prestasi intensiti tenaga minimum yang ditetapkan, dan sekiranya prestasi yang ditetapkan tidak dipenuhi, melantik Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA) untuk menjalankan audit tenaga dan mengemukakan laporan audit tenaga bersama-sama pelan penambahbaikan.