VPPA

Apakah yang dimaksudkan dengan VPPA?

VPPA atau Virtual Power Purchase Agreement merupakan satu bentuk kontrak kewangan antara pengguna dan pengeluar kuasa untuk membeli dan menjual tenaga pada harga yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Melalui mekanisme ini, pengeluar kuasa boleh menjual tenaga secara maya kepada pengguna walaupun pengguna tersebut tidak disambungkan secara langsung kepada loji janakuasa tersebut.

Dengan VPPA, pengeluar kuasa boleh menjual kuasa kepada sistem di bawah rangka kerja NEDA tanpa PPA biasa. Pengeluar kuasa dapat mengurangkan risiko turun naik harga, sementara penggunanya dapat menikmati manfaat harga tenaga yang stabil dalam jangka masa panjang. Pengguna akan kekal sebagai pengguna biasa syarikat utiliti dengan bekalan yang selamat dan tetap, tidak terjejas oleh kualiti bekalan pengeluar kuasa.

Di bawah VPPA untuk tenaga boleh diperbaharui, pengeluar kuasa juga boleh menjual Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) kepada pengguna jika pengguna berhasrat membeli sijil tersebut. Ini akan memberikan hasil tambahan kepada pengeluar kuasa, sementara pengguna dapat meningkatkan imej korporatnya dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Virtual Power Purchase Agreement (VPPA) ini dikenali sebagai Corporate Green Power Agreement. Di Malaysia, mekanisme ini dilaksanakan di bawah program baharu yang dikenali sebagai Corporate Green Power Programme (CGPP).