Pelesenan

Berapakah fi bagi lesen gas?

Kadar fi lesen adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian I, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 1997 seperti berikut;

JENIS LESEN KADAR FI TAHUNAN
Lesen Import ke Terminal Regasifikasi 0.1 sen/MMBTU
Lesen Regasifikasi 0.5 sen/MMBTU
Lesen Perkapalan 0.1 sen/MMBTU
Lesen Pengangkutan 0.5 sen/MMBTU
Lesen Pengagihan 1 sen/MMBTU
Lesen Runcit Pemasangan Kelas I  - RM 600
Pemasangan Kelas II  -  RM 400
Pemasangan Kelas III - RM 200
Lesen Gas Persendirian Pemasangan Kelas I  - RM 300
Pemasangan Kelas II - RM 200
Pemasangan Kelas III - RM 100