Berdasarkan situasi berikut, adakah pelanggan dibenarkan menyertai CRESS bagi Factory 1 memandangkan ia akan dienergikan pada masa hadapan?
i. Off-taker mempunyai dua kilang, Factory 1 dan Factory 2 yang baharu dibina.
ii. Factory 1 dibekalkan oleh pencawang 132kV sedia ada.
iii. Permintaan Maksimum (Maximum Demand, MD) awal Factory 1 ialah 60 MW, di mana off-taker telah mengemukakan permohonan untuk beban tambahan secara berperingkat (MD akhir sebanyak 130 MW), yang turut akan menampung Factory 2: Tahun 2026 – 95 MW; Tahun 2027 – 130 MW; Tahun 2028 – 130 MW.
iv. ESA bagi Factory 2 telah ditandatangani, namun MD masih dalam rundingan dan tertakluk kepada perubahan.
v. Bekalan kepada Factory 2 telah dienergikan pada tahun ini dengan pencawang baharu.
vi. Bekalan kepada Factory 1 daripada pencawang baharu akan dienergikan pada Januari tahun hadapan dan pencawang sedia ada akan menghentikan operasi.
Walaupun Factory 1 akan mengambil bekalan daripada pencawang masuk (PPU / substation) 132kV yang baharu pada masa hadapan, Factory 1 tetap dikategorikan sebagai pengguna sedia ada kerana telah mengambil bekalan daripada pencawang masuk 132kV sedia ada sebelum 30 September 2024.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri pada Januari 2025, Skim Akses Pihak Ketiga (CRESS) kini dibuka kepada semua pengguna termasuk permintaan sedia ada. Oleh itu, kelayakan Factory 1 untuk menyertai CRESS tertakluk kepada pindaan garis panduan CRESS.