Memahami Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)
Di manakah AFA ditunjukkan di dalam bil elektrik?
AFA ditunjukkan dalam bil elektrik di bawah komponen Caj Tenaga dan diperincikan bagi menunjukkan pelarasan kos penjanaan elektrik yang dikenakan (surcaj) atau dikreditkan (rebat) kepada pengguna.
Contoh bil baharu menunjukkan pecahan seperti berikut:
Image
Pendekatan ini merupakan sebahagian daripada pengenalan itemised billing, yang membolehkan pengguna melihat pecahan caj dengan lebih jelas.