National Awareness Conference on the Energy Efficiency and Conservation Act 2024

Suruhanjaya Tenaga (ST) akan menganjurkan siri National Awareness Conference on the Energy Efficiency and Conservation Act 2024 (EECA 2024) di lima zon di seluruh Malaysia. Persidangan ini bertujuan meningkatkan pemahaman pihak berkepentingan mengenai Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 (EECA 2024), termasuk peruntukan utama, keperluan pematuhan dan pelaksanaannya.

Persidangan ini merupakan sebahagian daripada Kempen Kesedaran Kebangsaan EECA 2024, yang menyediakan platform untuk menyampaikan maklumat, berkongsi pandangan dan membincangkan pelaksanaan Akta melalui pembentangan, forum serta sesi interaktif yang melibatkan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor.

Mengenai EECA 2024

Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 [Akta 861] menyediakan kerangka perundangan bagi menggalakkan kecekapan penggunaan tenaga dan mengawal selia aspek konservasi tenaga di Malaysia. Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 dan terpakai di Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan.

EECA 2024 memperkenalkan keperluan yang lebih berstruktur bagi pengurusan, pengukuran dan peningkatan prestasi tenaga. Pelaksanaannya melibatkan tiga kategori utama yang dikawal selia, iaitu:

  • Pengguna Tenaga – pengguna tenaga yang mencapai atau melebihi ambang penggunaan tenaga yang ditetapkan di bawah Akta.

  • Bangunan – bangunan yang tertakluk kepada keperluan di bawah Akta, termasuk tanggungjawab Orang Yang Bertanggungjawab ke atas bangunan berkenaan.

  • Produk Menggunakan Tenaga (Energy-Using Products, EUP) – produk yang dikawal selia di bawah Akta, dengan keperluan berkaitan terpakai kepada pengilang dan pengimport.

Mengapa Perlu Hadir

Persidangan ini menjelaskan keperluan yang ditetapkan di bawah Akta, pihak yang terlibat, serta persediaan yang perlu dilakukan oleh organisasi. Sesi plenari pagi akan membentangkan hala tuju dasar negara dan gambaran pelaksanaan yang disampaikan oleh PETRA dan Suruhanjaya Tenaga, diikuti dengan forum kepimpinan mengenai tahap kesediaan pihak berkepentingan.

Pada sebelah petang, peserta boleh mengikuti sesi khusus mengikut sektor yang dikendalikan oleh pakar bidang. Sesi ini memberi tumpuan kepada keperluan berkaitan, isu pelaksanaan dan panduan praktikal yang relevan dengan sektor masing-masing.

Persidangan ini terbuka kepada organisasi dan golongan profesional yang terlibat dalam ketiga-tiga kategori yang dikawal selia di bawah EECA 2024, serta persatuan industri, badan profesional dan institusi akademik yang berminat dalam bidang kecekapan dan konservasi tenaga.

Butiran Acara

National Awareness Conference on the Energy Efficiency and Conservation Act 2024 — Zon 1 (Tengah 1)

Tarikh: Rabu, 11 November 2026

Masa: 8:30 pagi – 5:30 petang

Lokasi: Bangsar South, Kuala Lumpur

Penyertaan: Percuma

Program Pembangunan Berterusan (CDP):  8 CDP bagi Pengurus Tenaga Berdaftar ST, tertakluk kepada kehadiran penuh dan penyempurnaan penilaian yang ditetapkan

Maklumat terperinci mengenai lokasi persidangan akan dimaklumkan kepada peserta yang telah berjaya menerima pengesahan emel.

National Awareness Conference akan diadakan secara berperingkat di zon-zon berikutnya:

  • Zon 2 — Tengah 2 (Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka dan Labuan) – April 2027
  • Zon 3 — Utara (Pulau Pinang, Perlis dan Kedah) – Mei 2027
  • Zon 4 — Selatan (Johor dan Melaka) – Julai 2027
  • Zon 5 — Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) – September 2027

Atur cara

Persidangan ini merupakan program sehari penuh. Sesi plenari pada sebelah pagi terbuka kepada semua peserta dan merangkumi hala tuju dasar negara, gambaran keseluruhan pelaksanaan oleh Suruhanjaya Tenaga, forum kepimpinan serta sesi soal jawab interaktif.

National Awareness Conference on the Energy Efficiency and Conservation Act 2024  
08:30 Registration
09:00 Opening Session: Welcome Remarks and Conference Objectives
09:20 Keynote Plenary: EECA 2024 - National Direction, Policy Intent and Leadership Imperative
10:00 Implementation Overview: EECA 2024 Decoded - What Stakeholders Need to Know and Prepare For
10:40 Morning Networking Break  
11:00 Leadership Forum: From Policy to Practice - Stakeholder Readiness for EECA 2024
11:50 Interactive Q&A Session: Clarifications, Stakeholder Concerns and Priority Questions
12:15 Networking Lunch

Sesi petang menampilkan dua sesi khusus yang berlangsung serentak, dan peserta memilih sesi pilihan masing-masing semasa pendaftaran. Setiap sesi menawarkan pandangan dan panduan praktikal mengikut sektor, dikendalikan oleh pakar bidang:

  • Sesi A — Keperluan bagi Pengguna Tenaga
  • Sesi B — Keperluan bagi Bangunan dan Produk Menggunakan Tenaga (Pengilang, Pengimport dan Peruncit)
Session Session A
Energy Consumers
Room 1 2:00–5:15 PM
Session B
Buildings, and Manufacturers, Importers and Retailers
Room 2 2:00–5:30 PM (two parts)
Choose this this if your organisation... Consumes energy at or above the prescribed threshold for its activity, business or trade at a single site, for example large manufacturing plants, airports, hospitals, hotels, data centres and campuses. Owns, manages, maintains or controls a building to which the Act applies, for example office towers, commercial complexes and managed properties, including building owners, property and facilities managers and appointed building managements; or manufactures, imports, distributes or sells energy-using products that fall within the regulated product categories.
Covers Scope and applicability, responsibilities of energy consumers, compliance preparation and internal readiness, and working with Registered Energy Managers, Registered Energy Auditors and Registered Training Institutions. Part 1 covers the role and duties of the Person in Charge of building and practical implementation issues. Part 2 covers market obligations for manufacturers and importers, registration requirements, energy efficiency certification, minimum energy performance standards, and product labelling.

Pendaftaran

Pendaftaran bagi Zon 1 adalah melalui jemputan dan portal pendaftaran rasmi. Setiap peserta perlu mendaftar secara individu dengan maklumat yang lengkap dan tepat bagi membolehkan rekod kehadiran, maklum balas kaji selidik dan sijil dikeluarkan bagi setiap peserta.

Tempat adalah terhad dan diperuntukkan berdasarkan giliran pendaftaran, tertakluk kepada kekosongan. Oleh itu, pihak yang berminat digalakkan untuk mendaftar lebih awal.

Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran bukan merupakan pengesahan kehadiran. E-mel pengesahan yang berasingan akan dihantar kepada setiap peserta setelah tempat mereka disahkan.

Organisasi dan individu yang berminat untuk menyertai persidangan ini boleh menghubungi urus setia melalui e-mel berikut: hello@eecaconference.my.
 

Pertanyaan

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan persidangan ini, termasuk pendaftaran dan pembatalan, sila hubungi Urus Setia Persidangan EECA 2024:

E-mel: hello@eecaconference.my

Telefon: +603-2391 9688

Maklumat Lanjut Mengenai EECA 2024

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024, sila layari www.st.gov.my/eeca.