Soalan Lazim

CRESS · Invois/Bil, Tarif dan Penyelesaian
Adakah Caj Permintaan Maksimum (MD) akan dikenakan kepada Pengguna Hijau? Seksyen 6.11 Garis Panduan CRESS menggariskan bahawa "EUC hendaklah menjalankan proses pengebilan dan mengeluarkan bil yang berkaitan kepada Pengguna Hijau berdasarkan bacaan meter di kedua-dua premis RED (MRED) dan Pengguna Hijau (MGC). Bacaan meter di premis RED dan Pengguna Hijau hendaklah diselaraskan sedemikian rupa supaya bacaan tersebut mencerminkan bekalan dan penggunaan elektrik yang berlaku dalam masa yang sama semasa Tempoh Pengebilan. Aktiviti bacaan meter dan pengebilan hendaklah dijalankan secara bulanan. RED dan Pengguna Hijau juga hendaklah memberikan EUC dan Pembeli Tunggal akses kepada MRED dan MGC." i. Adakah Tempoh Penyelesaian sama dengan Tempoh Pengebilan? (iaitu. Bolehkah kuasa yang dihantar oleh RED kepada TNB pada pukul 12 tengah hari digunakan oleh Pengguna Hijau pada pukul 3 petang hari tersebut, atau pada waktu lain yang lebih lewat dalam sehari dalam Tempoh Pengebilan bulan tersebut?) ii. Jika Tempoh Penyelesaian tidak sama dengan Tempoh Pengebilan, apakah tempoh penyelesaian yang dirancang untuk digunakan? Output Tenaga Bulanan Diisytiharkan RED = 1,000 MWh Output Tenaga Bulanan Sebenar RED = 1,000 MWh Penggunaan GC = 1,200 MWh Baki penggunaan daripada TNB = 200 MWh Memandangkan GC yang mempunyai tarif Puncak sebanyak RM0.365/kWh dan tarif luar puncak sebanyak RM0.224/kWh. Tarif manakah yang akan dikenakan oleh TNB kepada GC bagi 200 MWh tersebut? Memandangkan pengguna dikenakan pada 2 kadar tenaga yang berbeza (waktu puncak dan luar puncak), bagaimanakah pengimbangan antara penggunaan dan penjanaan RE akan dilakukan?