Invois/Bil, Tarif dan Penyelesaian

Output Tenaga Bulanan Diisytiharkan RED = 1,000 MWh Output Tenaga Bulanan Sebenar RED = 1,000 MWh Penggunaan GC = 1,200 MWh Baki penggunaan daripada TNB = 200 MWh Memandangkan GC yang mempunyai tarif Puncak sebanyak RM0.365/kWh dan tarif luar puncak sebanyak RM0.224/kWh. Tarif manakah yang akan dikenakan oleh TNB kepada GC bagi 200 MWh tersebut?

Caj tenaga bagi baki penggunaan 200 MWh akan berdasarkan penggunaan bermeter sebanyak 1,200 MWh pada bakul puncak dan luar puncak. Penggunaan pada bakul puncak akan diimbangi (offset) dahulu, diikuti oleh bakul luar puncak. Contoh pengiraan seperti berikut:

Penggunaan bermeter:

Bakul puncak: 500 MWh

Bakul luar puncak: 700 MWh
 

Penggunaan daripada RED (1,000 MWh): 500 MWh (Bakul puncak) + 500 MWh (Bakul luar puncak)

Penggunaan daripada TNB: 200 MWh (Baki pada bakul luar puncak)
 

Oleh itu, caj tenaga daripada TNB sebanyak 200 MWh akan berdasarkan kadar luar puncak (RM0.224/kWh).