Invois/Bil, Tarif dan Penyelesaian

Seksyen 6.11 Garis Panduan CRESS menggariskan bahawa "EUC hendaklah menjalankan proses pengebilan dan mengeluarkan bil yang berkaitan kepada Pengguna Hijau berdasarkan bacaan meter di kedua-dua premis RED (MRED) dan Pengguna Hijau (MGC). Bacaan meter di premis RED dan Pengguna Hijau hendaklah diselaraskan sedemikian rupa supaya bacaan tersebut mencerminkan bekalan dan penggunaan elektrik yang berlaku dalam masa yang sama semasa Tempoh Pengebilan. Aktiviti bacaan meter dan pengebilan hendaklah dijalankan secara bulanan. RED dan Pengguna Hijau juga hendaklah memberikan EUC dan Pembeli Tunggal akses kepada MRED dan MGC." i. Adakah Tempoh Penyelesaian sama dengan Tempoh Pengebilan? (iaitu. Bolehkah kuasa yang dihantar oleh RED kepada TNB pada pukul 12 tengah hari digunakan oleh Pengguna Hijau pada pukul 3 petang hari tersebut, atau pada waktu lain yang lebih lewat dalam sehari dalam Tempoh Pengebilan bulan tersebut?) ii. Jika Tempoh Penyelesaian tidak sama dengan Tempoh Pengebilan, apakah tempoh penyelesaian yang dirancang untuk digunakan?

Tempoh Pengebilan merujuk kepada bil bulanan bermula dari 1 haribulan sehingga akhir bulan. Tempoh Pengebilan yang sama akan digunakan untuk :-

i. TNB mengebil GC bagi permintaan maksimum dan baki tenaga
ii. TNB mengebil RED bagi penggunaan suap balik
iii. SB mengebil RED bagi SAC

Ya, kuasa yang dihantar oleh RED kepada TNB pada pukul 12 tengah hari boleh digunakan oleh Pengguna Hijau pada pukul 3 petang hari tersebut, atau pada waktu lain yang lebih lewat dalam sehari dalam Tempoh Pengebilan bulan tersebut.