CRESS

Jumlah akhir yang dibilkan oleh REC kepada Pengguna Hijau (kuantiti, kadar, terma) hanya tertakluk kepada terma komersial dalam Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala. Adakah TNB/SB/CRESS mempunyai sekatan tambahan

Jawapan: Di bawah Klausa 7.3(f), Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala antara RED dan Pengguna Hijau hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara-perkara berikut:

(f) maklumat mengenai pengebilan, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tempoh pengebilan, pengiraan, penyata, bacaan meter, pembayaran bil, pertikaian mengenai ketidaktepatan, dan rekod;

Tiada sekatan kepada Perjanjian Dua Hala antara RED dan Pengguna Hijau. Walau bagaimanapun, untuk kejelasan, penjanaan tenaga daripada RED yang akan digunakan untuk mengimbangi penggunaan Pengguna Hijau adalah berdasarkan perkara berikut:-

i. Sehingga tenaga maksimum yang diisytiharkan (MWh) oleh RED mengikut klausa 8.9

ii. Sehingga tenaga maksimum yang diisytiharkan (MWh) oleh GC mengikut klausa 6.9

iii. Sehingga tenaga sebenar yang digunakan (MWh) oleh GC mengikut Lampiran 1