Memahami Penstrukturan Tarif Elektrik
Mengapa tarif elektrik perlu distruktur semula?
Penstrukturan semula tarif elektrik dilaksanakan bagi memastikan struktur tarif elektrik yang lebih adil, telus, teratur dan mencerminkan kos sebenar pembekalan elektrik, di samping mengambil kira kepentingan pengguna, kemampanan industri dan kebolehpercayaan sistem tenaga negara.