Newsroom
Announcement / Notice 29 June 2026

Pengumuman Berkaitan Permohonan Sebagai Juruaudit Tenaga Berdaftar (REA)

1.    Berkuat kuasa pada 1 Julai 2026, semua permohonan Pendaftaran dan Pembaharuan Perakuan Amalan sebagai Juruaudit Tenaga Berdaftar (Registered Energy Auditor, REA) hendaklah dikemukakan melalui portal MySTEE di https://mystee.st.gov.my.

2.    Permohonan hendaklah dibuat mengikut Panduan Pendaftaran Juruaudit Tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Panduan tersebut boleh dimuat turun melalui https://tinyurl.com/Guide-REA atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan di bawah.

Image
Guide Regarding Applications for Registered Energy Auditor (REA)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.st.gov.my atau e-mel kepada rea@st.gov.my untuk bantuan.