Laman utama

Energy Regulatory Insight (ERI)

Tentang ERI

Sepertimana rumah api membantu kapal mengemudi perairan dengan selamat, peraturan membimbing industri dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengguna tenaga dan memastikan keselamatan awam. Landskap ini menuntut maklumat dan pengetahuan yang diperkaya melalui pertukaran pandangan serta perkongsian pengalaman.

Sehubungan itu, Energy Regulatory Insights (ERI) oleh Suruhanjaya Tenaga merupakan sebuah forum yang direka untuk menghimpunkan pihak berkepentingan sektor tenaga di Malaysia, dengan menyampaikan pandangan kawal selia serta meneroka idea bagi memajukan sektor tenaga secara boleh dipercayai, mampan dan saksama.

Sebagai penganjuran sulung forum tahunan Suruhanjaya Tenaga, ERI 2025 menjadi landasan untuk memupuk kesedaran dan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan tenaga melalui tema “Membentuk Masa Depan Tenaga”.