‹
Laman utama
Tinjauan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga (STARR)
Suruhanjaya Tenaga telah membentangkan prestasi sektor tenaga Malaysia bagi tahun 2025 menerusi penganjuran sulung STARR, yang memperlihatkan daya tahan sektor ini dalam persekitaran global yang semakin kompleks, di samping menetapkan hala tuju bagi tahun 2026.
Tentang STARR
Pada tahun 2025, permintaan elektrik mencapai paras baharu, didorong oleh pertumbuhan ekonomi, perkembangan pusat data dan peningkatan elektrifikasi, sementara sistem tenaga negara terus beroperasi dengan andal dan selamat.
Berteraskan kerangka kawal selia yang kukuh meliputi keselamatan, kebolehpercayaan sistem, tarif yang adil dan kecekapan tenaga, Suruhanjaya Tenaga kekal komited dalam memastikan sektor tenaga negara terus mampan dan berdaya tahan demi kepentingan negara serta para pengguna.
Baca maklumat lanjut dalam Booklet STARR 2026